37 Idea Untuk Rekaan Bilik Yang Comel & Kemas

Bilik yang kecil dan kemas selalu kelihatan comel dan menarik. Bukan itu saja, sebenarnya bilik yang kecil juga memudahkan kerja-kerja mengemas.

Kali ini kami ingin kongsikan 37 idea rekaan untuk bilik yang kecil, kemas dan urban untuk anda.

1. Merah bertenaga – Sesuai untuk SOHO (small office home office). Bilik ku adalah mesin duitku, gitu? Haha 


2. Purple dan putih memang serasi

5 Tips & 32 Idea Susunan Wall Photo

Sesetengah orang suka mempamerkan hasil seninya di dinding rumah. Secara tidak langsung, wujudnya satu ruang khas atau galeri gambar di dalam rumah. Hari ini, kami kongsikan sedikit tips yang anda perlu tahu untuk sebelum membuat galeri gambar anda. 


1. Bagi yang ingin menghiasi ruangan pejabat nampak menarik, gunakan tema hitam putih bagi gambar-gambar seperti gambar kapal layar, peta dunia, atau beberapa gambar kegemaran berserta dengan beberapa cermin bersaiz kecil. Tadaa! Ruangan tempat kerja anda dah jadi seperti pejabat pegawai eksekutif!

17 Hiasan Balkoni Untuk Apartment

Di zaman yang serba maju dan padat ini, tak ramai yang mampu beli rumah ber'lot sendiri. Lebih-lebih lagi warga bandar yang terpaksa memilih pangsapuri/flat sebagai tempat tinggal. Sudahlah rumah tinggi bertingkat-tingkat, nak merasa rumput, pokok dan tanah amat jarang sekali. Balik-balik, tengok hutan konkrit di depan mata, ini akan menambahkan lagi stress anda.

Bagi mereka yang mempunyai balkoni, mengapa tidak dihias dan dijadikan sebagai tempat berehat yang menenangkan jiwa?

Amatlah rugi jika rumah anda mempunyai balkoni tetapi tidak dihias. Ruang balkoni sepatutnya dijadikan sebagai tempat untuk menghilangkan stress, bersantai dan menghirup udara yang nyaman di pagi hari. Bukannya untuk berteriak sakan ataupun terjun membunuh diri. 

Ketahuilah apa yang anda mahu isikan di ruang balkoni, sama ada inginkan balkoni yang berunsurkan kehijauan, moden, malap, atau batu-batuan. Ruangan dinding boleh dihias dengan tanaman pokok bunga kecil untuk menyerlahkan kehijauan dan memberikan rasa yang menenangkan. 

Pilihlah kerusi yang bersaiz sederhana untuk menjimatkan ruang. Jika berkemampuan, pilih kerusi gantung berbentuk telur atau buaian. Ini akan menjadikan balkoni anda kelihatan lebih menarik. 

Lihat contoh-contoh hiasan balkoni di bawah. 

















12 Design Wall Shelf Yang Menarik Untuk Dicuba


Salah satu cara menghias dinding yang kosong adalah memasang wall shelf. Bercakap mengenai wall shelf, ramai yang mengambarkan wall shelf hanyalah sekeping papan yang flat dan kosong. Tetapi sebenarnya ada banyak jenis rekaan wall shelf yang kreatif & menarik untuk dicuba.

Wall shelf juga boleh dibuat dari barang-barang terpakai seperti rangka katil, gitar, rak buku mudah alih, dahan pokok dan pelbagai lagi bagi menampakkan kelainan yang tiada di rumah orang lain. 

Tidak semua rekabentuk wall shelf memerlukan kos yang tinggi. Apa yang diperlukan hanyalah kreativiti, drill machine, skru dan sedikit tenaga. Jom lihat contoh-contoh wall shelf yang berkonsepkan DIY dan menarik di bawah.

8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berbelanja Di IKEA


Umum tahu IKEA adalah sebuah kedai pameran hiasan dalaman rumah yang besar. Pelbagai konsep yang dipamerkan sudah cukup membuatkan anda rasa teruja dan teringin bilik yang sama. Di dalam IKEA, anda boleh menghabiskan masa selama 4 - 6 jam. Mesti penat encik Suami nak menunggu. Tak mengapa, berkorban sekali sekala untuk isteri apa salahnya kan?

Ada 7 perkara yang anda perlu tahu sebelum menjejakkan kaki ke IKEA.

1. Sebelum pergi ke IKEA,  layari laman web IKEA. Cari perabot yang anda mahukan melalui kategori-kategori yang telah disediakan. 

2. Pastikan anda membuat senarai barangan yang diperlukan untuk rumah anda. Jangan lupa ambil ukuran ruangan tempat yang hendak dimuatkan dengan perabot baru. Juga pastikan ada ruang penyimpanan yang mencukupi di dalam kereta.

3. Showroom - Buat macam di rumah anda sendiri.

Di IKEA, jika anda berasa penat, jangan takut dan bimbang untuk duduk berehat di sofa yang empuk atau di katil pameran yang sangat selesa. Disamping itu anda boleh merasai sendiri keselesaan produk IKEA. Jangan bimbang, tiada pekerja IKEA yang akan datang menghalau mahupun memarahi anda berbuat demikian.

Untuk pengetahuan anda, ‘Bilik Pameran’ IKEA dibina menggunakan produk IKEA secara keseluruhannya agar dapat memberikan inspirasi dan ilham kepada anda untuk menghiasi rumah sendiri.

Rujuk kakitangan IKEA yang ditempatkan di setiap bahagian pameran jika anda ada sebarang soalan atau kemusykilan. Selain dari menjawab persoalan anda, mereka juga boleh memberi khidmat nasihat mengenai perabot yang sesuai mengikut kehendak dan citarasa anda. Tetapi jika anda memerlukan khidmat kepakaran menghias bilik atau rumah secara total, buatlah temujanji dengan konsultan IKEA.

Harga yang ditawarkan di IKEA adalah harga yang berpatutan. Setiap produk yang dijual di IKEA mempunyai tanda harga dan maklumat produk. Maklumat yang disertakan ialah saiz, warna, ukuran dan langkah-langkah penjagaan. Bagaimanapun, bagi barangan yang bersaiz besar disertakan dengan maklumat tempat dimana anda boleh mendapatkannya di bahagian Self-serve Area.

4. Market Hall

Di bahagian ini, terdapat banyak barangan berbeza yang dikumpul bersama dalam satu tempat seperti permaidani, gambar, bingkai gambar, jam dan pelbagai lagi. Anda juga boleh melihat pelbagai jenis lampu rumah, perkakasan dapur dan banyak hadiah-hadiah yang unik anda boleh berikan kepada rakan anda atau simpan untuk diri sendiri.

5. Restoran IKEA

IKEA juga mempunyai restorannya sendiri untuk anda berehat seketika setelah penat membeli belah. Anda juga boleh bersarapan di IKEA sebelum kedai dibuka atau juga boleh minum kopi dan kek pada sebelah petang.

6. Kanak-Kanak

Ketika anda membeli belah, tinggalkan anak anda di kawasan pemainan yang dikawal selia oleh kakitangan IKEA. Dengan ini, anda boleh membeli belah dengan tenang. Jika tidak mahu, bawa saja stroller bayi anda ke ruang pameran. Tiada masalah.

IKEA juga menyediakan bilik khas untuk para ibubapa menyusukan anak, menukar pampers. Jika si kecil lapar, di restoran IKEA juga ada menyediakan menu khas untuk kanak-kanak.

7. Self-serve Area

Dalam perjalanan anda ke kaunter pembayaran, anda akan melalui Self-serve Area. Inilah tempat dimana anda mengambil barang-barang yang anda mahukan dan di bilik pameran tadi.

Mengambil barang yang ingin dibeli dengan usaha sendiri cara pendekatan IKEA dengan para pelanggan. Jika anda boleh melakukan perkara-perkara yang mudah seperti mengambil barang yang dikehendaki dan membuat pemasangan sendiri, IKEA akan memberikan harga yang rendah. 


8. Pembayaran di IKEA boleh dibayar secara tunai, kad kredit, kad debit adalah diterima kecuali sistem barter. 

Mudah bukan? Jimat masa nak bershopping di IKEA di hujung minggu ini. =)

Jom Like Facebook kami, HouzeDeco

18 Design Dapur Yang Ideal Untuk Dijadikan Sebagai Contoh

Kebanyakan dapur di rumah rakyat Malaysia punyai ruang terhad. Mahu tak tidak, ramai yang terpaksa memilih kabinet dapur berbentuk L. Pendek kata, kabinet dapur L shape ini dah banyak digunakan oleh kebanyakan orang.

Bagaimanapun, model L Shape ini masih boleh digunapakai lagi. Hanya perlukan sedikit add on agar kabinet dapur anda nampak menarik dan mewah. Yang paling penting, menjimatkan ruang agar dapur tidak kelihatan sempit dan merimaskan.

Seperti biasa, pilihlah warna kabinet yang cerah agar dapur nampak luas. Saiz kabinet dapur pula, usahlah terlalu besar seperti saiznya tidak kena dengan dapur anda. Jika berkemampuan, buat kabinet dapur bahagian atas sampai ke siling, ruang penyimpanan pun dah jadi banyak. 

Bagi yang gemar meletak meja makan berdekatan dengan dapur, belilah meja makan yang sederhana besar 30% dari ruang dapur. Gunakan kerusi yang berunsurkan 'besi' atau 'kurus' supaya suasana dapur tidak kelihatan padat dengan meja dan kerusi. 

Pasti ramai yang mengidam lampu gantung yang bersaiz besar, kononnya akan menjadi dapur nampak mewah dan luas. Sebenarnya tidak. Lampu besar akan mencacatkan sedikit pemandangan di dapur.

Perlu tahu, perkara pertama yang orang pandang bila masuk ke dapur mengikut turutan adalah kabinet, lampu dan lantai. Jika ketiga-tiga perkara ini cacat dari segi saiz yang tidak sesuai atau warna yang pelik, ia sekali gus akan mematikan 'keterujaan' seseorang itu.

Jadi, sebaik-baiknya gunakanlah lampu yang bersaiz sederhana. Paling mudah nak mengetahui saiz lampu yang terbaik? Ukurlah dengan saiz meja makan anda. 

Okay, jom lihat contoh model dapur kecil di bawah:


Copyright © 2014 Houze Deco Created By Sora Templates and My Blogger Themes