8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berbelanja Di IKEA
Umum tahu IKEA adalah sebuah kedai pameran hiasan dalaman rumah yang besar. Pelbagai konsep yang dipamerkan sudah cukup membuatkan anda rasa teruja dan teringin bilik yang sama. Di dalam IKEA, anda boleh menghabiskan masa selama 4 - 6 jam. Mesti penat encik Suami nak menunggu. Tak mengapa, berkorban sekali sekala untuk isteri apa salahnya kan?
Ada 7 perkara yang anda perlu tahu sebelum menjejakkan kaki ke IKEA.
1. Sebelum pergi ke IKEA, layari laman web IKEA. Cari perabot yang anda mahukan melalui kategori-kategori yang telah disediakan.
2. Pastikan anda membuat senarai barangan yang diperlukan untuk rumah anda. Jangan lupa ambil ukuran ruangan tempat yang hendak dimuatkan dengan perabot baru. Juga pastikan ada ruang penyimpanan yang mencukupi di dalam kereta.
3. Showroom - Buat macam di rumah anda sendiri.
Di IKEA, jika anda berasa penat, jangan takut dan bimbang untuk duduk berehat di sofa yang empuk atau di katil pameran yang sangat selesa. Disamping itu anda boleh merasai sendiri keselesaan produk IKEA. Jangan bimbang, tiada pekerja IKEA yang akan datang menghalau mahupun memarahi anda berbuat demikian.
Untuk pengetahuan anda, ‘Bilik Pameran’ IKEA dibina menggunakan produk IKEA secara keseluruhannya agar dapat memberikan inspirasi dan ilham kepada anda untuk menghiasi rumah sendiri.
Rujuk kakitangan IKEA yang ditempatkan di setiap bahagian pameran jika anda ada sebarang soalan atau kemusykilan. Selain dari menjawab persoalan anda, mereka juga boleh memberi khidmat nasihat mengenai perabot yang sesuai mengikut kehendak dan citarasa anda. Tetapi jika anda memerlukan khidmat kepakaran menghias bilik atau rumah secara total, buatlah temujanji dengan konsultan IKEA.
Harga yang ditawarkan di IKEA adalah harga yang berpatutan. Setiap produk yang dijual di IKEA mempunyai tanda harga dan maklumat produk. Maklumat yang disertakan ialah saiz, warna, ukuran dan langkah-langkah penjagaan. Bagaimanapun, bagi barangan yang bersaiz besar disertakan dengan maklumat tempat dimana anda boleh mendapatkannya di bahagian Self-serve Area.
4. Market Hall
Di bahagian ini, terdapat banyak barangan berbeza yang dikumpul bersama dalam satu tempat seperti permaidani, gambar, bingkai gambar, jam dan pelbagai lagi. Anda juga boleh melihat pelbagai jenis lampu rumah, perkakasan dapur dan banyak hadiah-hadiah yang unik anda boleh berikan kepada rakan anda atau simpan untuk diri sendiri.
5. Restoran IKEA
IKEA juga mempunyai restorannya sendiri untuk anda berehat seketika setelah penat membeli belah. Anda juga boleh bersarapan di IKEA sebelum kedai dibuka atau juga boleh minum kopi dan kek pada sebelah petang.
6. Kanak-Kanak
Ketika anda membeli belah, tinggalkan anak anda di kawasan pemainan yang dikawal selia oleh kakitangan IKEA. Dengan ini, anda boleh membeli belah dengan tenang. Jika tidak mahu, bawa saja stroller bayi anda ke ruang pameran. Tiada masalah.
IKEA juga menyediakan bilik khas untuk para ibubapa menyusukan anak, menukar pampers. Jika si kecil lapar, di restoran IKEA juga ada menyediakan menu khas untuk kanak-kanak.
7. Self-serve Area
Dalam perjalanan anda ke kaunter pembayaran, anda akan melalui Self-serve Area. Inilah tempat dimana anda mengambil barang-barang yang anda mahukan dan di bilik pameran tadi.
Mengambil barang yang ingin dibeli dengan usaha sendiri cara pendekatan IKEA dengan para pelanggan. Jika anda boleh melakukan perkara-perkara yang mudah seperti mengambil barang yang dikehendaki dan membuat pemasangan sendiri, IKEA akan memberikan harga yang rendah.
8. Pembayaran di IKEA boleh dibayar secara tunai, kad kredit, kad debit adalah diterima kecuali sistem barter.
Mudah bukan? Jimat masa nak bershopping di IKEA di hujung minggu ini. =)
Jom Like Facebook kami, HouzeDeco
Betul..mcm sofa n set katil harga agak mahal.mungkin kualiti dia kot.bg sy, sy xmampu..hihi.cuci mata je la kalo g ikea
ReplyDeleteIkea tak teringin nk buka cawangan d kelantan?
ReplyDeleteIkea kat Perak xde ke ?
ReplyDeleteOakley Titanium Glass Glass Glass Glasses - Tioga - T-Tech
ReplyDeleteOakley titanium bike Titanium Glass Glass titanium pots and pans Glass Glasses: These titanium build glass glasses are crafted to ensure an excellent thickness and are available for sale. titanium forging Open Box.$10.00 · microtouch titanium trim as seen on tv In stock