14 Gambar Hiasan Ruang Tamu Moden
Banyak faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi. Diantaranya, pemilihan warna perabot yang kurang sesuai atau tidak padan dengan warna dinding, saiz perabot yang terlampau besar, kurang pencahayaan, fabrik sofa yang tidak selesa, keadaan yang agak sempit juga dan pelbagai macam lagi masalah yang boleh menjadi punca mengapa orang tidak sudi berkunjung ke rumah kita.
Dalam bab menghias ruang tamu ini, kita boleh rujuk trend-trend terkini yang kebanyakannya menampilkan ciri-ciri moden, ringkas dan minima. Menghias semula ruang tamu rumah kita tidak semestinya akan menelan belanja besar, adakalanya sesetengah perkara kita boleh lakukan sendiri. Tidak perlu terfikir untuk menukar sofa, coffee table dan sebagainya. Hias mengikut budget yang sedia ada. Atau kemungkinan anda hanya perlu membuat sedikit penambahan yang melibatkan kos yang minima.
Lihat contoh-contoh gambar ruang tamu di bawah yang menampilkan ciri-ciri moden, ringkas dan memiliki ruang tamu seperti ini pastinya akan membuatkan anda terasa puas yang tidak terkata.
Penggunaan warna juga penting dan jangan terlampau banyak warna di sesebuah ruang tamu. Paling minima, gunakan 3 atau 4 warna sahaja. Ini termasuklah warna pada perabot, dinding, barang hiasan dan karpet sekali pun.
Bagi menampakan ciri-ciri moden itu kelihatan, belilah bingkai-bingkai gambar pelbagai saiz dan tampalkan di dinding belakang sofa bagi memenuhi ruangan kosong agar ruang tamu tidak kelihatan membosankan. Bagi ruang tamu yang luas, gunakanlah bingkai gambar yang bersaiz besar untuk tampak selari dengan saiz ruang tamu yang sudah sedia ada luasnya.
Baru nak beli sofa? Pilihlah sofa yang empuk, fabrik yang tidak menyimpan haba dan selesa untuk disentuh. Jangan lupa anak-anak bantal juga diperlukan untuk memenuhi ruang sofa agar nampak seperti penuh dan boleh digunakan sebagai bantal peluk sewaktu berehat di sofa sambil menonton drama kegemaran anda.
Coffee table yang bersaiz sederhana dan nampak ringkas sesuai digunakan untuk ruang tamu yang bersaiz kecil. Ini juga bagi menjimatkan ruang yang sedia ada kecil. Namun, jika berkemampuan anda boleh membeli coffee table jenis kaca dan ini akan membuatkan ruang tamu anda nampak luas.
Coffee table yang bersaiz sederhana dan nampak ringkas sesuai digunakan untuk ruang tamu yang bersaiz kecil. Ini juga bagi menjimatkan ruang yang sedia ada kecil. Namun, jika berkemampuan anda boleh membeli coffee table jenis kaca dan ini akan membuatkan ruang tamu anda nampak luas.
0 comments:
Post a Comment